Assalamualaikum.
Dah hampir 3 minggu saya hidup sebagai mahasiswi Unisel dan Alhamdulillah, saya gembira sepanjang 3 minggu ni. Saya gembira dengan bagaimana cara saya memulakan hidup saya di sini.
Pertamanya, saya gembira dengan Minggu Tekad Siswa (MTS).
Serius, minggu orientasi yang SANGAT SANGAT PENAT, sampai kaki saya sakit berhari hari lepas minggu orientasi ni. Tapi Alhamdulillah, saya sangat suka dengan semua fasilitator untuk minggu orientasi. Sepanjang 5 hari orientasi, I felt very well taken care of. Sepanjang 5 hari orientasi, saya betul betul rasa macam semua fasi ni kakak kakak dan abang abang saya.
Dan saya agak terkejut juga dengan penglibatan saya. Saya tidaklah terlalu aktif menyerlah dalam minggu orientasi, tapi saya berani menawarkan diri untuk bertanya soalan kepada panelis di hadapan orang ramaiketika sesi forum. Saya pun tak rasa nervous sangat bila abang Khairool (fasi) minta saya dan beberapa orang lain beri pendapat tentang forum tu. Dulu, jangankan bercakap depan orang ramai, nak tanya soalan dalam kelas pun saya tak berani. Mungkin sebab saya dah dilatih bercakap masa program Diploma dulu, tapi saya agak berbangga dengan penglibatan saya.
Keduanya, saya kagum dengan perbezaan persekitaran saya, dulu dan sekarang.
Dulu kat Kpmim, dress code rules agak ketat. Kalau nak keluar dari kolej cuma boleh pakai baju kurung. Pergi kelas kena pakai baju kurung. Jeans langsung tak dibenarkan pakai dalam kolej. Disebabkan peraturan peraturan yang macam ni lah saya tak rasa sangat berbeza, walaupun kebanyakan students datang dari background yang sangat urban berbanding saya.
Bila di Unisel, dress code rules agak fleksibel. Kami diberi lebih kebebasan untuk pakai apa saja termasuk jeans, asalkan tak keterlaluan. Jadi persekitaran saya diberi lebih warna, sebab setiap orang berpakaian mengikut personaliti diri sendiri. Saya pun dapatlah kenal masyarakat yang lebih pelbagai. Tapi Alhamdulillah, setakat ni belum ada sesiapa yang berlaku sombong pada orang macam saya, dan setakat ni saya suka pada kebanyakan orang, jadi saya rasa lebih selesa mengekspresikan diri sendiri.
Ketiganya, saya suka pada semua lecturer yang mengajar saya.
Saya suka semua lecturer saya yang berbeza beza, tapi setiap lecturer ada sesuatu yang membuatkan saya kagum dengan mereka. Madam Azian dengan ketegasannya dalam memastikan kami terdidik di Unisel (saya terhibur dengan lecture dia), Madam Adlene dengan kelancarannya berkata-kata (serius, Madam Adlene sangat resembles pada Madam Munirah saya di KPM), Madam Uzaimah dengan kesediaannya mendengar cerita kami, Mr. Shahid dengan pengetahuan amnya yang luas, Mr Faizal dengan kesanggupannya memastikan kami belajar dalam keadaan yang selesa, dan Mr Faizul yang kelakar dan sporting dalam kelas.
Saya boleh belajar sesuatu dari setiap lecturer yang mengajar saya, dan Alhamdulillah, sejak bermulanya hidup saya sebagai mahasiswi Unisel, saya masih bersih daripada mengumpat dan mengata lecturer.
Keempatnya, PSSCM Unisel!
Masa saya mula mula daftar, saya ingatkan PSSCM cuma ada kat kampus utama Unisel. Saya agak kecewa sebab kalau boleh saya nak aktif PSSCM sepanjang belajar kat Unisel ni, tapi kalau persatuan tak ada, macam mana saya nak aktif. So saya macam agak putus asa jugak la sampai la satu hari, secara kebetulan saya terjumpa booth PSSCM kat kafe Unisel.
And I was like, WOOHOOOO! Straight away, saya daftar kat PSSCM Unisel sebagai ahli. Saya dah pun hadiri kelas pertama saya di Unisel ni, dan setakat ni, saya gembira di PSSCM Unisel. Saya rasa homely, mungkin sebab saya dah pun jatuh sayang pada PSSCM masa saya kat kelas cawangan Kuantan dulu, jadi bila saya jumpa PSSCM kat sini, saya rasa macam berjumpa dengan keluarga saya semula. Dan saya rasa, orang orang PSSCM kat Unisel lebih kurang je dengan PSSCM kat Kuantan. Mungkin sebab kami dididik oleh satu sistem yang sama, jadi ada beberapa nilai dan prinsip yang kami pegang adalah serupa :)
Saya pun mula terlibat sikit sikit dengan aktiviti persatuan lain, contohnya Persatuan Pembangunan Insan. Saya harap aktiviti persatuan saya dan kecemerlangan akademik saya berjalan seiring :)
Permulaan yang baik Alhamdulillah. Perjalanan yang bakal baik InsyaAllah. Semoga moga membuahkan hasil yang baik InsyaAllah.