Thursday, December 27, 2012

Friday, December 21, 2012

Result - Sem 5



Okey, cukup result untuk 5 sem.

Sekarang, soalan saya;

Semester 1 - 3.63 (CGPA)
Semester 2 - 3.53 (CGPA)
Semester 3 - 3.67 (CGPA)
Semester 4 - 3. 64 (CGPA)
Semester 5 - 3.62 (CGPA)

Dengan penglibatan kokurikulum yang sangat sedikit.

Dengan result yang macam ni, berapa percent peluang saya untuk ke luar negara ya?


Wednesday, December 19, 2012

Monday, December 10, 2012

Internship first week

From left - Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday


The first week of internship. Internship at UMP is quite smooth for now. The lecturers I've been working with are good and friendly. It's only that I'm put in common room with another intern, which the room is only visited for snacks and water (yeahh it's more to pantry room), so I don't have much chances to socialize with other staffs.

Not feeling so good today -.- but I still have another 5 hours 15 mins left before I can leave the office. And I have silat class this night so I have to bear with it -.-

Good day.

Sunday, December 2, 2012

Praktikal

Esok dah mula praktikal,

dan saya sangat berdebar.

UMP, soon-to-be-colleagues, and bosses,

please be nice to me. Thank you.

Friday, November 23, 2012

Semester 5 - done!

Sooooo~

Semester 5 done! Alhamdulillah.

Banyak kenangan manis saya dengan rakan rakan sekolej.

Bergaduh, bermasam muka, bosan, menyampah tu bukannya tak pernah.

Cuma saat ketawa sama sama tu lagi banyak.

Syukur, hidup pra universiti saya sangat cantik :)

Dan, hari ni saya dapat rezeki yang tak tersangka sangka.

Kalau dulu, saya nakkkkk sangat praktikal kat UMP Gambang. Tapi saya kena rejected, which is expected so walaupun kecewa, tak adalah sampai nak rebel. Cuma dah tak mengharap langsunglah.

So, saya cuma tumpukan MITI dengan Arkib Negara Pahang jelah.

Tapi agaknya memang jodoh saya dengan UMP, hari ni saya dapat tawaran praktikal kat UMP. Alhamdulillah.

So, hello UMP!

Thursday, November 15, 2012

Menanti

Penantian tu tak mudah.

Maka sabarlah.

Sibukkan urusan.

Tingkatkan diri.

Belajar jadi manusia dengan setinggi tinggi kualiti dan serendah rendah ego diri.

Semoga bila apa yang dinanti tu tiba,

Kau dan aku, dah bersedia.

Sunday, November 11, 2012

Sederhana


Dalam banyak banyak cita cita, mungkin apa yang paling saya nak adalah menjadi sederhana.

Jadi sederhana tak ada banyak drama.
Jadi sederhana membolehkan saya untuk tak terlepas pandang banyak perkara.

Tapi semoga dalam kesederhanaan tu, ada perkara tentang saya yang boleh dibanggakan oleh ahli keluarga dan rakan rakan. Dan semoga dalam kesederhanaan tu, ada perkara yang boleh saya sumbangkan.

Friday, November 9, 2012

Crash. Why won't you?



It was a night like this,
under the stars one kiss.
And I totally knew you were the one
and I had no reservation no.

That day is still on my mind.
I play it over and rewind,
but I'll never get why you never fell
the same way that I did.

[Chorus]
I wish you gonna crash into me,
no turning back totally.
Lost in a rush the way that I was,
totally lost in you.

Why couldn't you crash into me.
why can't you look past all the things.
Holding you back the way that I have,
been doing the same for you.

Why can't you crash in me?..

One look is all that I needed to know,
that you are for me and I didn't need
no more confirmation, oh.

So why do you ask so many questions.
I don't understand what makes you keep holding back.
If you just let our worlds collide, you'll feel so much better.

[Chorus]

Why can't you crash into me?
Why are you so afraid of letting go?
It's like some things gonna go.
Instead it's going down the road.

Why don't you crash into me?
No turning back totally.
Lost in a rush the way that I was
totally lost in you.

Why couldn't you crash into me.
why can't you look past all the things.
Holding you back the way that I have,
been doing the same for you.

Why won't you crash into me? (3x)
Why won't you crash? Woh oh
Why won't you crash into me?
No turning back, oh..

Why won't you crash, oh.
Why won't you..

Monday, November 5, 2012

Panggilan pulang.


InsyaAllah, macam nilah caranya Allah panggil saya untuk kembali pada Dia.
Sakit sikitlah, tapi tak apalah.
Asalkan Allah masih memanggil saya.

Moga ditabahkan hati, dikuatkan iman. Amin.

Tuesday, October 23, 2012

Sahabat baru saya :)

Keluarga Silat

Walaupun belum kenal mereka sepenuhnya, saya sangat selesa bersama mereka.

Alhamdulillah.

Semoga saya jumpa lebih ramai lagi rakan yang macam mereka.

Allah, please bless us. Ameen.

ps: Menyukai sahabat baru tak bermakna saya mengetepikan cinta untuk sahabat lama :)

Wednesday, October 17, 2012

Kawan, maaf


Kawan kau sedang bersedih tentang sesuatu.
Dan kau tahu tentang kisah apa yang buat dia sedih itu.
Kau pula tak dapat buat apa apa.

Kau akan sedih sebab kau tak mampu tolong dia.

Dan bila dia kata kau adalah kawan yang baik untuk dia.
Kau akan lagi sedih sebab kau tak mampu tolong dia tapi dia masih anggap kau kawan yang baik pada dia.

Thursday, September 27, 2012

Silat Cekak Malaysia

So, saya baru belajar silat. Baru dua kali kelas saya pergi.

Frankly speaking, saya belum jelas dengan niat saya ke kelas silat. Sebab abang saya suruh ke? Atau sebab memang saya nak ke? Entah.

Tapi yang saya tahu, ada hikmah yang saya tak nampak dalam silat ni. Jadi saya niatkan untuk grab semua hikmah yang ada dengan penyertaan silat ni.

Semoga moganya, silat ni sebagai salah satu jalan saya dekat dengan Maha Pencipta lah.

Alhamdulillah, setakat ni banyak yang saya belajar. Silat setakat ni sangat mendorong saya untuk improve diri saya sendiri sebab kat kelas silat, saya dikelilingi oleh orang yang saya kira hebatlah. Pengajar pengajar saya bermurah hati dengan ilmu masing masing, while kawan kawan sekelas silat ada semangat belajar yang tinggi. Time berlatih, mana ada kami main main.

Mungkin slowly, hikmah tu datang kepada saya.

Cuma, saya terrified. Lepas saya join silat, saya baru sedar macam mana tingginya possibility saya dan sesiapa je terdedah kepada bahaya. Sebab tu saya tiba tiba risau dengan ahli keluarga saya yang ada kat rumah, kat asrama, kat universiti etc etc. Macam tu jugak kawan-kawan yang suka jalan sorang-sorang, rumah sewa yang tak berapa selamat, etc etc.

Seram saya dengan dunia ni.

Bantu kami dalam menuju-Mu, Allah.

ps: Whether we are meant to be or not, I'll always pray that we both live the life we wanted, and we both reach the destination that we longed to go. But, if I am given a choice, I would like you to be the one who are meant for me.

Monday, September 17, 2012

Thursday, September 13, 2012

Sunday, September 9, 2012

Jangan, hati.


Jangan hati, jangan akur pada kehendak. Kehendak tu buta, bukannya bermata.

Adalah sebabnya Allah tak hadirkan lagi apa yang kau harap Dia hadirkan. Allah kan lagi kenal kau daripada kau kenal diri kau sendiri.

Tu, belajar pun tunggang langgang. Iman pun selalu surut banyak, naik sikit. Orang sekeliling kau pun kau belum mampu nak jaga.

Semua tu, siapa yang nak jaga tu? Kaulah, Teera.

Jaga apa yang kau ada dulu, barulah sibuk mencari apa yang kau tak ada.


Friday, August 24, 2012

Raya raya raya


Hai.

So, minggu ni minggu raya. Raya tahun ni macam raya tahun lepas je, jadi tak ada apalah yang nak diceritakan sangat. Lagipun saya ada workload. Walaupun saya tak buat tapi kepala asyik teringat workload je. Apa la. Janganla bagi assignment time raya macam ni -.-

BTW, laptop lama dah siap dibaiki. Alhamdulillah. Baru je nak rela melepaskan semua koleksi lagu, movie, and gambar dalam laptop tu. Ni dah siap ni, saya dah siap siap pindahkan semua folder kesayangan saya dalam netbook lain, just in case laptop tu rosak lagi. Tapi saya memang tak plan pakai laptop tu pun, saya risau rosak time time genting nanti. Jadi, sementara perlu ni, saya pinjam netbook kakak ipar saya. Terima kasih ayah cik for this laptop :)

Ohh, since saya tak jadi tinggal kat rumah sewa (tinggal kat rumah abang instead), saya plan untuk save sikit duit elaun saya. Nak cubalah istiqamah, simpan amaun yang sama setiap bulan. Dan saya rasa, adalah peluang saya kali ni untuk sekali sekala beli baju baru, seluar baru, tudung baru, atau apa apalah. InsyaAllah.

p/s: I saw that picture once. You still remember yourself the way I remember you. Then I know, you don't forget me. And for that, I'm thankful. Thank you.

Monday, August 13, 2012

Perfect Imperfection


Hai.

Living with friends had been a really good and fun experience.

Girls' day/night out, makan kfc time berbuka, living a teenage's life, all that.

But I miss living at home with my family.

Despite of how much babysitting that must be done, despite of dealing with limited time to be with friends, despite of the lack of chance to live a teenage's life.

I miss living at home.

Tak kisahlah orang kata hidup saya macam makcik makcik pun. Dah macam ada anak, padahal kahwin pun belum.

I just miss living at home.

Rupanya saya terlupa bersyukur pada setiap benda yang dianugerahkan kepada saya.

Anak-anak buah yang bising.

Abang dan kakak-kakak yang sentiasa ingin memudahkan.

Ibu bapa yang tak henti henti mengambil berat.

Adik beradik yang sentiasa menyambut kepulangan.

Mereka racun, mereka penawar.

They're the family that actually being the real one.

Kami bukan keluarga yang terbaik, tapi kami sempurna seadanya.

Sunday, August 5, 2012

Maskot Gerai


Hai.

Saya penat sepanjang minggu ni sebab semester ni, saya dan kawan kawan saya kena berniaga di festival ramadhan di kolej, setiap petang. Tapi tetap nak update, padahal bukannya nak tulis apa apa pun.

Kalau kawan kawan saya penat memasak, membungkus, menggoreng, melayan customer, saya penat jadi maskot, promote gerai sendiri. Haha. Wei, ingat tak penat ke. Kena jalan jalan sambil teriak teriak menu. Dahla segan ouh, gantung sign gerai kat leher sendiri. Tapi, ah, persetankan itu semua. Saya enjoy je jadi maskot. Haha XD

Lagi apa lagi eh. Itu jelah kot.

ps: mengarut betul post kali ni -.-




Wednesday, August 1, 2012

Happy Ramadhan~


Selamat berpuasa!

Tak ada apa apa nak cerita, cuma nak update pasal hidup je.

Jadi, untuk semester 5 ni saya sekelas lagi dengan classmates lama saya. Asalnya saya nak independent je, tapi alhamdulillah, saya dapat peluang sekelas semula dengan diorang. Taklah susah sangat nak survive kat kolej tu.

Semester ni agak berat sikit sebab semua subjek ada final exam (saya tak suka final exam -.-) tapi disebabkan saya dah merosot sem lepas, jadi saya kena target lebih tinggi untuk semester ni. Kalau tak dapat macam apa yang saya targetkan, sipi sipi pun jadilah.

Tapi, apa apa hal pun, saya serahkan keputusan saya pada Allah. Saya usaha jelah setakat yang termampu.

Then, saya tak jadi tinggal kat rumah sewa (maaf ex future housemates) atas alasan alasan tertentu. Sekarang, saya tinggal di rumah abang saya. Tapi, tinggal kat rumah abang pun, bukannya senang sangat. Cuma, sangat memudahkan. Tak banyak benda kena risau, and hidup pun bawah surveillance keluarga sendiri. Masih lagi tinggal dalam kepompong. Jadi, saya masih selesa.

Itu jelah. Tak ada banyak cerita pun boleh saya kongsikan. Hidup saya kan mendatar je. -.-

Selamat puasa, selamat sahur, selamat berbuka, selamat tarawikh, dan semoga selamat segala galanya.

Sunday, July 15, 2012

Semester 5 ON!


Assalamualaikum. Hai.

Jadi, insyaAllah hari ni saya bergerak ke Kuantan, untuk sesi semester 5 saya di KPM. Hmm, dah senior rupanya. Tapi rasa macam freshie comel lagi.

Anyways, since saya dah pun senior, saya kena stay rumah sewa untuk bagi laluan pada freshie tinggal kat hostel. Which is saya agak risau dengan semester ni sebab bila tinggal kat rumah sewa ni, dah tentu banyak pakai duit. Duit elaun takkan cukup, dan saya seboleh bolehnya nak kurangkan beban mama abah tanggung saya.

Jadi, apa lagi yang boleh saya buat, selain kerja?

Tapi tak apalah, saya tak nak risau sangat tentang masalah kewangan. Somehow, Allah akan tunjuk jalan macam mana nak selesaikan masalah ni, and nak tak nak I'll live through this, insya Allah. Jadi, tak ada apa nak risau, cuma ada banyak benda yang boleh diusahakan.

InsyaAllah.

Since this is my last semester too, saya rasa ini peluang terakhir saya untuk dapatkan pointer setinggi mungkin. Saya tak targetkan berapa yang perlu saya capai, saya nak targetkan berapa banyak usaha yang boleh saya lakukan.

Sebab afterall, sebagai hamba, usaha adalah milik saya, keputusan adalah milik Allah.

Jadi, semoga saya dapat belajar sesuatu dari semester akhir ni.

Expect the worst, but don't worry because there is no worst situation that out of your league.

Friday, July 6, 2012

Alhamdulillah


Lepas fail test JPJ minggu lepas, hari ni saya lulus. Rabu nanti saya akan pergi buat lesen P. Alhamdulillah :)

MP4 saya pun dah jumpa. Tak payah punggah satu bilik rupanya, dia elok je tersadai kat dalam bakul. Lagi dua belum jumpa, tapi takpelah. Dah jumpa satu ni, tenang sikit nak sambung cari yang lagi dua tu.

Sebelum ni saya ada mengeluh pasal duit kan? Baru baru ni saya check duit baki akaun saya, alhamdulillah cukup untuk cover duit rumah dan duit internet, walaupun tak penuh. Duit yang lebih tu bolehla cover kos lain pulak. Jadi untuk bulan pertama, masalah macam mana nak bayar semua kos tu insyaAllah settle.

Tapi still kena kerja, sebab memang tak cukup kalau nak bergantung pada elaun semata mata. Saya dah mintak tolong beberapa sumber, doa doakanlah saya dapat kerja yang sesuai, yang keluarga saya benarkan.

Alhamdulillah. Syukur syukur.

Monday, July 2, 2012

Stress


Saya stress atas 2 sebab:

1) Masalah kewangan. Saya sangat sangat la risau tentang survival saya untuk semester depan, sebab semester depan saya dah duduk kat rumah sewa. Saya terfikir fikir macam mana la saya nak tanggung duit rumah, duit bil, duit internet, duit harian, duit assignment... Saya cukup risau. Saya nak cari kerja sambilan, tapi dengan skop kerja yang sangat kecil yang dibenarkan oleh mak ayah saya, tak banyak kerja saya boleh buat. Kalau time duduk kat asrama pun, bajet saya selalu lari setiap bulan, macam mana kalau saya duduk rumah sewa nanti?

2) Cari mp3 saya yang hilang. Saya ada 2 mp3 dan 1 mp4. Dah lama hilang dan dah lama saya cari, tapi selalu tak jumpa. Geram betul la.

Oklah, itu saja. Semoga saya jumpa apa yang saya cari.

Thursday, June 21, 2012

Result sem 4


Ini result saya untuk sem 4. Saya kecewa.

Lepas kenaikan mendadak masa sem 3, saya dapat kejatuhan mendadak untuk sem 4.

Allahuakbar. Apa apa je yang Allah beri adalah rezeki terbaik buat saya.

Ya Allah, bantu aku redha.

Belajar memandu


Sepanjang minggu ni saya belajar memandu.

Alhamdulillah saya dah tahu sikit bahagian parking dengan u-turn. Sekarang dah tahu la nak gerakkan kereta macam mana. Sebelum ni nak gerakkan kereta pun tak pandai. Hari ni pun saya dah diajar cara naik bukit. InsyaAllah kalau skil naik bukit saya ok, saya akan diajar memandu kat jalan raya.

Maybe saya yang fikir banyak, tapi bagi saya, belajar drive kereta ni salah satu proses improvement diri saya sendiri. Daripada tak tahu kepada tahu. Daripada tak pandai bawak kereta kepada pandai bawak kereta.

Which, agak menakutkan sebenarnya.

Time saya belajar parking pun saya dah gabra. Kalut fikir, macam mana la kalau terlanggar tiang. Worse, kalau langgar sawit ke, dinding ke, kereta lain ke, macam mana?

Kadang-kadang bila saya fokus sangat pada route saya, saya lupa tengok kereta lain. Ataupun lupa safety tips yang kecil kecil. Kalau terlaju sikit, mula la saya gelabah tekan brek.

Itu baru dalam trek latihan. Saya bayangkan kat jalan raya nanti, risiko dan bahaya tu datang dari semua arah. Pemandu lain yang dah lama memandu, sign sign yang ada kat jalan raya, traffic light semua.. banyak yang kena tengok.

Itu baru belajar. Bayangkan nanti kalau saya lulus (insyaAllah, aminnn) saya kena bawak pulak orang lain sekali. Saya bertanggungjawab atas keselamatan diorang atas jalan raya.

Segala benda ni agak menakutkan saya.

Tapi insyaAllah, saya akan cuba dan tak putus asa.

Semoga Allah bantu. Amin.


Tuesday, May 29, 2012

Miss Ahjummaaaa

miss ahjumma

Ok, sejak dapat astro beyond ni, setiap malam family saya tengok drama korea, sampai saya yang bukan fan pun ikut tengok. Kalau family saya semua sangat suka Rooftop Prince, saya paling suka Miss Ahjumma.

Sinopsis, cari sendiri. Yang penting, cerita ni dekat dengan realiti atas beberapa sebab:

1. Geum Hwa dengan Kyung Se ni berkahwin bukan atas dasar paksaan. Diorang ni memang sweet masa bercinta. Tapi lepas 10 tahun kahwin bercerai. Biasanya drama korea semuanya guna resepi yang sama, "manis manis cinta". Tapi tak banyak yang memaparkan realiti perkahwinan yang sebenar.

2. Cerita ni membuktikan teori yang saya baca dalam buku Why Men Love Bitches (google for more info). Beauty makes people attracted, but it's personality that makes people stay.

3. Cerita ni mengajar saya kepentingan kecantikan dari sudut yang lain. Will talk more about this in my next entry.

So far, inilah yang saya dapat after tengok drama ni. Cubalah tengok, drama ni tak overrated. Just nice and suitable kalau nak rileks rileks :)

Welcoming entry :)

Hi. So, I'm moving from my old blog. If you care enough, saya ada letak link kat sebelah ni. That blog will not be updated again, tapi kalau rasa rasa nak tengok, please do so :)

Oh ya, time saya nak letak link blog ni ke blog lama saya tu, you'll see a blog titled When The Wings On My Back. And the last entry titled "Hmmm..." and dated 3 years ago. Apesal eh?

Anyways, welcome to my new blog :)