Monday, January 20, 2014

Housemates

Assalamualaikum,

Current status; 20 January 2014, 3:14 AM.
Masih single. Dan available. Haha.

Alhamdulillah dah seminggu jugaklah survive semester 2. So far so good. Doa doakanlah semoga terus lancar sampai akhir.

Assignment masih 'esok-hantar-malam-ni-baru-buat' haha.

Dah seminggu lebih jugaklah saya duduk rumah sewa. First experience ni duduk rumah sewa dengan member member. Sebelum ni belum pernah.

Room mates alhamdulillah semua sekepala. Kalau dah boleh saling memaki lagi memburukkan tu kira dah rapatlah kot. Kalau kentut pun dah boleh bertanding rasanya okey la tu.

Anyway ni nak kenalkan sikit room mates.


Aisyah. Kanak kanak paling muda. Tahun 2014 ni baru masuk 20 tahun. Walaupun dia paling muda tapi dia la yang handle pasal rumah la kunci la sewa la. Duit rumah pun dia banyak topupkan haha.

Aisyah ni minat KPOP, hari hari bercakap pasal EXO. Paling resah pun dialah, paling kuat gelak pun dialah. Kalau kat rumah dialah Cinderella kami, selalu ada je kena suruh budak ni haha. Kalau kat kelas nama dia MEGADEKAN.


Shamin. Kanak kanak bising. Tahun ni 21. Dia la kot yang paling nampak korporat sekali antara kitorang berempat setakat ni. Selain memegang status kakak tiri Cinderella, beliau jugaklah tukang masak kami. Telur dadar kami, kentang goreng kami, ayam salut kami, mi goreng pedas kami, beliaulah yang berjasa memasakkan.

Walaupun dia masih kanak kanak tapi selalunya dalam isu isu kritis ni, pendapat dia boleh tahan bernas. Kiranya sedap la kalau nak sembang politik ke apa ke dengan dia. Oh by the way dia ni minat KPop jugak ni. Shamin dengan Aisyah sembang Kpop macam sembang nak final exam.


Suhada. Rupanya saya takde gambar Adaa sorang dalam laptop. Dia ni umur 21 jugak. Kira saya la yang paling kakak, tapi memasing menyombong tak nak meng-akak-kan saya. Eleh korang. Blah laa.

Anyway Adaa ni roommate saya sejak semester 1 lagi. So rasanya dengan dia kot paling banyak saya curah isi hati antara 3 room mates saya ni haha. Adaa dengan saya sama sama tak pandai masak. Tapi dia extra 1, dia pandai mengemas. So pagi pagi beliaulah yang lipat selimut, tilam bantal. Sapu sampah semua serahkanlah kat dia. Masa saya share bilik berdua dengan dia dulu, dia yang kemas bilik kami sambil sambil saya lepak tengok tv. Haha.

I had so much laughter with them. I hope more laughter, inside jokes and love are coming soon.

Saturday, January 11, 2014

Semester 2

Sejak dari sekolah TAHAP lagi saya ada masalah setiap kali nak balik belajar semula.

TAK NAK BALIK KAMPUS :'(

Tapi tak apalah. Saya nak kutip pengalaman kan.

Saya akan rindukan rumah.

Saya akan rindukan petang di rumah yang tenang.

Saya akan rindukan bintang yang cantik waktu malam.

Semoga berjaya di sem 2!

Monday, January 6, 2014

Anyway 6 perkara

Hi. Urm. Dah lama saya tak sentuh blog.

Anyway

1. Saya dah selesaikan semester 1 saya di Unisel, alhamdulillah. Jaya atau tidak, itu tak pasti. Belum keluar result.

2. Saya agak berpuas hati dengan semester 1 saya nonetheless. Saya jumpa beberapa orang famous, pergi program charity, pelancaran buku etc etc. Dapat jugak sijil sehelai dua. 

3. Saya dah nak habis cuti semester. Jumaat ni saya baliklah. Saya dah prepare "bekalan" untuk saya pulang ke Unisel; game baru, episod Running Man yang missed, dan lain lain. Game dah ada pun yang saya habis main -_- Oh tapi malasnyaaaa T.T

4. By the way, selamat tahun baru 2014! Azam tahun baru tak ada.

5. Duit dengan saya memang tak seirama. Banyak nak pakai duit, sikit je yang ada. Takpe, rezeki Allah tu kat mana mana.

6.  Okey tu je kot.