Saturday, June 1, 2013

Fenomena apekah?


Tadi saya mengalami satu fenomena, masa saya nak tidur petang.

Contohnya:

Few minutes lepas saya tutup mata, tiba tiba saya lost control pada diri sendiri. Like, saya masih sedar, tapi susah nak buka mata, gerak tangan dan kaki. Tapi saya cuba gerak jugak, just to make sure yang saya boleh bergerak lagi. Cuma susahlah, ibaratnya macam angkat tong gas penuh everytime nak gerakkan badan dan kaki.

Then, during the time yang saya susah nak bukak mata tu, saya macam berhalusinasi. Macam ternampak nampak ada 3 orang perempuan yang tengah tengok saya, padahal saya tengah sorang sorang dalam bilik. Selain tu, saya pun berhalusinasi yang ada lelaki menjerit dekat dengan saya, macam orang terlibat dalam accident kereta.

Lepas berjaya bangun, mata saya rasa perit, hati saya berdegup lebih kuat, dan saya rasa penat sebab saya struggle untuk control badan saya masa saya susah bukak mata tu.

Macam mistik je bunyinya, tapi mesti ada penjelasan yang logik untuk fenomena ni.

Fenomena apa ni ye?