Friday, June 21, 2013

Synesthesia

Have you ever heard about synesthesia?

2 malam yang lepas masa saya tengah surf internet, saya tiba tiba terfikir tentang satu fenomena yang sejak dari kecik saya ada. So saya search la fenomena tu.

Turns out it is synesthesia.

Saya pun tak pasti sangat sebab saya tak pernah kena tested dengan pakar psikologi sebenar. Saya cuma pernah buat test synesthesia online, dan jugak pembacaan umum. Tapi setakat yang saya baca, adalah dalam 60% saya percaya yang saya adalah synesthetic.

Synesthesia yang saya alami adalah number-gender. Letters dengan numbers (single digit) yang ada, saya mesti kaitkan dengan jantina. Sometimes, semua tu ada personaliti sekali, tapi saya tak lah gambarkan personaliti diorang tu secara vivid. Tapi ada lah personaliti tu.

Antara contoh contoh:

0 - male, personality unsure, color white
1 - female, personality normal, color unsure
2 - male, free-spirited boy, and I always associate this number with striking red
3 - female, personality unsure, color is probably orange-ish
4 - female, personality quite serene, soft blue
5 - male, personality gentle, color orange-ish
6 - male, personality - the wise old man, color greenish
7 - female, personality furious, striking orange
8 - female, personality very serene, soft blue
9 - female, personality lady-like, color unsure
10 - male (satu satunya nombor dua digit yang saya dapat tengok jantinanya), the number which personality is unknown but this number is powerful, most like the leader/the king of the numbers mentioned.

Itu untuk nombor. Untuk bulan bulan pun ada jugak jantinanya.

January - female
February - Can be both, but it is more to male
March - female
April - female
May - Can be both, but it is more to female
June - Male
July - female
August - female
September - female
October - male
November - powerful female
December - gentle male

And the letters... the list goes on.

Semua perception ni constant, dari kecik sampai besar saya fikir macam ni.

Saya buat 3 ujian synesthesia dari semua site ni;

http://www.synesthesiatest.org (2)
http://synesthete.org (1)

daripada 3 test tu, 2 ujian menunjukkan saya positif synesthete. Test dari synesthete.org tu, range dia macam ni; <1, then one definitely a synesthete. Keputusan saya, saya dapat 1.03, close to the range. Ujian accuracy saya, saya dapat 77.78%, while the range untuk synesthete is above 85%, close jugak kan? Ujian jugak menunjukkan saya seorang associator (saya cuma tahu setiap nombor ada warna, tapi saya tak betul betul nampak warna tu).

With all these being said.... Am I normal?




Saturday, June 15, 2013

IELTS result


Lepas saya gagal IPMA tu, saya dapat berita ni.


Haha, Alhamdulillah.

Macam tak patut je kan gembira sakan dengan band 7 untuk IELTS. Band 7 tu macam cukup syarat je. Lainlah kalau saya dapat band 8.5, boleh celebrate ala kadar.

Tapi saya expect lagi rendah sebab masa test IELTS tu saya buat entah apa apa. Nak nak lagi time speaking. Entah apa je la yang saya mengarut kat examiner tu (Mrs. Greenhill nama dia kalau saya tak salah). Masa writing pun nervous sebab masa macam tak cukup. Tapi alhamdulillah, rezeki saya dapat band 7.

InsyaAllah, peluang tetap ada :)

Saturday, June 1, 2013

Fenomena apekah?


Tadi saya mengalami satu fenomena, masa saya nak tidur petang.

Contohnya:

Few minutes lepas saya tutup mata, tiba tiba saya lost control pada diri sendiri. Like, saya masih sedar, tapi susah nak buka mata, gerak tangan dan kaki. Tapi saya cuba gerak jugak, just to make sure yang saya boleh bergerak lagi. Cuma susahlah, ibaratnya macam angkat tong gas penuh everytime nak gerakkan badan dan kaki.

Then, during the time yang saya susah nak bukak mata tu, saya macam berhalusinasi. Macam ternampak nampak ada 3 orang perempuan yang tengah tengok saya, padahal saya tengah sorang sorang dalam bilik. Selain tu, saya pun berhalusinasi yang ada lelaki menjerit dekat dengan saya, macam orang terlibat dalam accident kereta.

Lepas berjaya bangun, mata saya rasa perit, hati saya berdegup lebih kuat, dan saya rasa penat sebab saya struggle untuk control badan saya masa saya susah bukak mata tu.

Macam mistik je bunyinya, tapi mesti ada penjelasan yang logik untuk fenomena ni.

Fenomena apa ni ye?