Friday, August 24, 2012

Raya raya raya


Hai.

So, minggu ni minggu raya. Raya tahun ni macam raya tahun lepas je, jadi tak ada apalah yang nak diceritakan sangat. Lagipun saya ada workload. Walaupun saya tak buat tapi kepala asyik teringat workload je. Apa la. Janganla bagi assignment time raya macam ni -.-

BTW, laptop lama dah siap dibaiki. Alhamdulillah. Baru je nak rela melepaskan semua koleksi lagu, movie, and gambar dalam laptop tu. Ni dah siap ni, saya dah siap siap pindahkan semua folder kesayangan saya dalam netbook lain, just in case laptop tu rosak lagi. Tapi saya memang tak plan pakai laptop tu pun, saya risau rosak time time genting nanti. Jadi, sementara perlu ni, saya pinjam netbook kakak ipar saya. Terima kasih ayah cik for this laptop :)

Ohh, since saya tak jadi tinggal kat rumah sewa (tinggal kat rumah abang instead), saya plan untuk save sikit duit elaun saya. Nak cubalah istiqamah, simpan amaun yang sama setiap bulan. Dan saya rasa, adalah peluang saya kali ni untuk sekali sekala beli baju baru, seluar baru, tudung baru, atau apa apalah. InsyaAllah.

p/s: I saw that picture once. You still remember yourself the way I remember you. Then I know, you don't forget me. And for that, I'm thankful. Thank you.

Monday, August 13, 2012

Perfect Imperfection


Hai.

Living with friends had been a really good and fun experience.

Girls' day/night out, makan kfc time berbuka, living a teenage's life, all that.

But I miss living at home with my family.

Despite of how much babysitting that must be done, despite of dealing with limited time to be with friends, despite of the lack of chance to live a teenage's life.

I miss living at home.

Tak kisahlah orang kata hidup saya macam makcik makcik pun. Dah macam ada anak, padahal kahwin pun belum.

I just miss living at home.

Rupanya saya terlupa bersyukur pada setiap benda yang dianugerahkan kepada saya.

Anak-anak buah yang bising.

Abang dan kakak-kakak yang sentiasa ingin memudahkan.

Ibu bapa yang tak henti henti mengambil berat.

Adik beradik yang sentiasa menyambut kepulangan.

Mereka racun, mereka penawar.

They're the family that actually being the real one.

Kami bukan keluarga yang terbaik, tapi kami sempurna seadanya.

Sunday, August 5, 2012

Maskot Gerai


Hai.

Saya penat sepanjang minggu ni sebab semester ni, saya dan kawan kawan saya kena berniaga di festival ramadhan di kolej, setiap petang. Tapi tetap nak update, padahal bukannya nak tulis apa apa pun.

Kalau kawan kawan saya penat memasak, membungkus, menggoreng, melayan customer, saya penat jadi maskot, promote gerai sendiri. Haha. Wei, ingat tak penat ke. Kena jalan jalan sambil teriak teriak menu. Dahla segan ouh, gantung sign gerai kat leher sendiri. Tapi, ah, persetankan itu semua. Saya enjoy je jadi maskot. Haha XD

Lagi apa lagi eh. Itu jelah kot.

ps: mengarut betul post kali ni -.-




Wednesday, August 1, 2012

Happy Ramadhan~


Selamat berpuasa!

Tak ada apa apa nak cerita, cuma nak update pasal hidup je.

Jadi, untuk semester 5 ni saya sekelas lagi dengan classmates lama saya. Asalnya saya nak independent je, tapi alhamdulillah, saya dapat peluang sekelas semula dengan diorang. Taklah susah sangat nak survive kat kolej tu.

Semester ni agak berat sikit sebab semua subjek ada final exam (saya tak suka final exam -.-) tapi disebabkan saya dah merosot sem lepas, jadi saya kena target lebih tinggi untuk semester ni. Kalau tak dapat macam apa yang saya targetkan, sipi sipi pun jadilah.

Tapi, apa apa hal pun, saya serahkan keputusan saya pada Allah. Saya usaha jelah setakat yang termampu.

Then, saya tak jadi tinggal kat rumah sewa (maaf ex future housemates) atas alasan alasan tertentu. Sekarang, saya tinggal di rumah abang saya. Tapi, tinggal kat rumah abang pun, bukannya senang sangat. Cuma, sangat memudahkan. Tak banyak benda kena risau, and hidup pun bawah surveillance keluarga sendiri. Masih lagi tinggal dalam kepompong. Jadi, saya masih selesa.

Itu jelah. Tak ada banyak cerita pun boleh saya kongsikan. Hidup saya kan mendatar je. -.-

Selamat puasa, selamat sahur, selamat berbuka, selamat tarawikh, dan semoga selamat segala galanya.