Tuesday, October 23, 2012

Sahabat baru saya :)

Keluarga Silat

Walaupun belum kenal mereka sepenuhnya, saya sangat selesa bersama mereka.

Alhamdulillah.

Semoga saya jumpa lebih ramai lagi rakan yang macam mereka.

Allah, please bless us. Ameen.

ps: Menyukai sahabat baru tak bermakna saya mengetepikan cinta untuk sahabat lama :)

Wednesday, October 17, 2012

Kawan, maaf


Kawan kau sedang bersedih tentang sesuatu.
Dan kau tahu tentang kisah apa yang buat dia sedih itu.
Kau pula tak dapat buat apa apa.

Kau akan sedih sebab kau tak mampu tolong dia.

Dan bila dia kata kau adalah kawan yang baik untuk dia.
Kau akan lagi sedih sebab kau tak mampu tolong dia tapi dia masih anggap kau kawan yang baik pada dia.

Thursday, September 27, 2012

Silat Cekak Malaysia

So, saya baru belajar silat. Baru dua kali kelas saya pergi.

Frankly speaking, saya belum jelas dengan niat saya ke kelas silat. Sebab abang saya suruh ke? Atau sebab memang saya nak ke? Entah.

Tapi yang saya tahu, ada hikmah yang saya tak nampak dalam silat ni. Jadi saya niatkan untuk grab semua hikmah yang ada dengan penyertaan silat ni.

Semoga moganya, silat ni sebagai salah satu jalan saya dekat dengan Maha Pencipta lah.

Alhamdulillah, setakat ni banyak yang saya belajar. Silat setakat ni sangat mendorong saya untuk improve diri saya sendiri sebab kat kelas silat, saya dikelilingi oleh orang yang saya kira hebatlah. Pengajar pengajar saya bermurah hati dengan ilmu masing masing, while kawan kawan sekelas silat ada semangat belajar yang tinggi. Time berlatih, mana ada kami main main.

Mungkin slowly, hikmah tu datang kepada saya.

Cuma, saya terrified. Lepas saya join silat, saya baru sedar macam mana tingginya possibility saya dan sesiapa je terdedah kepada bahaya. Sebab tu saya tiba tiba risau dengan ahli keluarga saya yang ada kat rumah, kat asrama, kat universiti etc etc. Macam tu jugak kawan-kawan yang suka jalan sorang-sorang, rumah sewa yang tak berapa selamat, etc etc.

Seram saya dengan dunia ni.

Bantu kami dalam menuju-Mu, Allah.

ps: Whether we are meant to be or not, I'll always pray that we both live the life we wanted, and we both reach the destination that we longed to go. But, if I am given a choice, I would like you to be the one who are meant for me.

Monday, September 17, 2012

Thursday, September 13, 2012

GiftyGiftyShop


https://www.facebook.com/GiftyGiftyShop?ref=stream

Please like and support our assignment.

Thank you very much, may a lovely days be yours :)

Sunday, September 9, 2012

Jangan, hati.


Jangan hati, jangan akur pada kehendak. Kehendak tu buta, bukannya bermata.

Adalah sebabnya Allah tak hadirkan lagi apa yang kau harap Dia hadirkan. Allah kan lagi kenal kau daripada kau kenal diri kau sendiri.

Tu, belajar pun tunggang langgang. Iman pun selalu surut banyak, naik sikit. Orang sekeliling kau pun kau belum mampu nak jaga.

Semua tu, siapa yang nak jaga tu? Kaulah, Teera.

Jaga apa yang kau ada dulu, barulah sibuk mencari apa yang kau tak ada.


Friday, August 24, 2012

Raya raya raya


Hai.

So, minggu ni minggu raya. Raya tahun ni macam raya tahun lepas je, jadi tak ada apalah yang nak diceritakan sangat. Lagipun saya ada workload. Walaupun saya tak buat tapi kepala asyik teringat workload je. Apa la. Janganla bagi assignment time raya macam ni -.-

BTW, laptop lama dah siap dibaiki. Alhamdulillah. Baru je nak rela melepaskan semua koleksi lagu, movie, and gambar dalam laptop tu. Ni dah siap ni, saya dah siap siap pindahkan semua folder kesayangan saya dalam netbook lain, just in case laptop tu rosak lagi. Tapi saya memang tak plan pakai laptop tu pun, saya risau rosak time time genting nanti. Jadi, sementara perlu ni, saya pinjam netbook kakak ipar saya. Terima kasih ayah cik for this laptop :)

Ohh, since saya tak jadi tinggal kat rumah sewa (tinggal kat rumah abang instead), saya plan untuk save sikit duit elaun saya. Nak cubalah istiqamah, simpan amaun yang sama setiap bulan. Dan saya rasa, adalah peluang saya kali ni untuk sekali sekala beli baju baru, seluar baru, tudung baru, atau apa apalah. InsyaAllah.

p/s: I saw that picture once. You still remember yourself the way I remember you. Then I know, you don't forget me. And for that, I'm thankful. Thank you.